Tuesday, 22 August 2017

Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu

PERGERAKAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI (NAM) DAN PERSATUAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB)

NAM

Pergerakan Negara-negara Berkecuali atau NAM(Non-Aligned Movement) ialah sebuah organisasi antarabangsa yang disertai lebih 114 negara yang berkecuali dan tidak memihak kepada mana mana blok kuasa. NAM telah ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1955,hasil daripada revolusi Persidangan Afro-Asia di Bandung,Indonesia.NAM diwujudkan akibat pertingkaian dan permusuhan antara Amerika Syarikat dan Rusia selepas Perang Dunia Kedua.Disebabkan pertingkaian ini wujudnya dua blok Negara-negara di dunia iaitu Blok Barat dan Blok Komunis.Keputusan Malaysia untuk menyertai NAM adalah disebabkan oleh pencerobohan Indonesia ke dalam wilayah Malaysia menerusi tindakan konfrontasi terhadap Malaysia.Kemasukkan Malaysia ke dalam NAM mengukuhkan lagi dasar berkecuali iaitu tidak memihak kepada mana-mana pihak Kuassa Besar di dunia.



Matlamat Utama Penubuhan NAM

Ø  Menyelesaikan pertikaian dan pertelagahan antarabangsa secara aman.

Ø  Menghormati hak asasi manusia dan mengiktiraf kedaulatan wilayah semua Negara.



Tujuan Penubuhan Nam

·         Memupuk kerjasama yang erat di kalangan negara anggota.

·         Menjadi forum untuk negara anggota menyuarakan pendirian berhubung isu-isu semasa.

·         Mengelakkan negara-negara kecil terlibat dalam peperangan ideologi.

·         Memperjuangkan hak dan kepentingan Negara-negara sedang membangun.
·         Mengubah haluan perjuangan NAM daripada hal-hal politik kepada isu-isu ekonomi.
·         Meningkatkan muafakat dan kesepakatan di kalangan anggota NAM melalui rundingan.
·         Meninggikan keupayaan ekonomi dan daya saing NAM supaya pertubuhan ini dihormati.



  Mesyuarat Pertama NAM :



  • Diadakan di Belgrade pada September 1961.
  • Melibatkan penyertaan 25 ahli, 11 daripadanya datang dari Asia dan Afrika, bersama-sama Yugoslavia, Cuba dan Cyprus/
  • Berhasrat untuk menentang kolonisme, imprialisme, dan neo-kolonialisme.



       Mesyuarat Berikutnya :



  • Diadakan di Kaherah, Mesir pada 1964.
  • Disertai oleh 46 negara dengan kebanyakkan ahli baru datang dari negara Afrika yang baru merdeka.
  • Membincangkan konflik Arab-Isreal dan Perang India-Pakistan.



      Mesyuarat Ketiga :

  • Diadakan di Lusaka.
  • Perhimpunan yang paling penting dalam sejarah NAM.
  • Menubuhkan organisasi untuk membantu hubungan ekonomi dan politik.
  • Kenneth Kaunda, Presiden Zambia memainkan peranan yang penting dalam perhimpunan ini.


  1. Pada 1973, mesyuarat diadakan di Algiers menyaksikan pergerakan ini berhadapan dengan realiti ekonomi terkini. Kejutan Minyak (Oil Shock) menyebabkan sesetengah ahli anggota lebih kaya daripada orang lain.
  2. Ketika jawatan sekretariat NAM dipegang oleh Malaysia, pembaharuan yang dilakukan oleh Malaysia ialah penubuhan Majlis Perniagaan NAM.
  3. Majlis ini ditubuhkan dengan  tujuan mengukuhkan kerjasama selatan-selatan dan membantu perdagangan dan pelaburan antara negara anggota.
  4. Majlis diketuai oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Bin Mohamad sebagai penasihat dan Azam Hassim sebagai Presiden.


       10 Prinsip NAM ( Dasar Sila Bandung)

  • Menghormati hak asasi manusia serta prinsip Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB)
  • Menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah semua negara
  • Mengiktiraf persamaan ras dan negara sama ada kecil atau besar.
  • Tidak campur tangan dalam hal ehwal negara lain.
  • Menghormati hak setiap negara mempertahankan dirinya secara bersendirian atau berkumpulan selaras dengan piagam PBB.
  • Tidak mengenakan tekanan terhadap negara lain.
  • Mengelakkan ugutan pencerobohan atau kekerasan terhadap kedaulatan wilayah atau kebebasan politik sebarang negara.
  • Menyelesaikan pertikaian antara negara dengan cara aman
  • Menggalakkan kepentingan dan kerjasama bersama.
  • Menghormati keadilan dan tanggungjawab antarabangsa.


       Peranan Malaysia
  1. Menggalakkan negara membangun terus bersuara tentang masalah yang dihadapi dan mengekalkan keamanan dunia.
  2. Mengadakan diplomasi pelbagai melalui PBB.
  3. Memberi penekanan kepada isu pembangunan sosial terutama masalah kemiskinan
  4. Merangsang perpaduan dan penyatuan sesama negara anggota.
  5. Menyertai mesyuarat NAM di Colombo, Havana, New Delhi dan Luanda.
  6. Sidang kemuncak NAM diadakan di Kuala Lumpur pada 2003 dan mengistiharkan Deklarasi Kuala Lumpur yang menggalakkan kerjasama multileteral antara negara anggota.
  7. Mewujudkan pejabat perwakilan di Ethopia, India, Negeria, Sri Langka, Yugoslavia dan Mesir.
  8. Melancarkan "portal e-Sektretariat NAM 2004" yang bertindak sebagai pengkalan data.
  9. Menganjurkan Mesyuarat Khas Peringkat Menteri Luar berkenaan Palestin di Putrajaya pada 13 Mei 2004 dan di Durban, Afrika Selatan pada 18 Ogos 2004.
  10. Mengabungkan penyataan tentang Palestin dalam dokumen Muktamad.
  11. Menghadiri persidangan Afro-Asia di Bandung, Indonesia pada tahun 2005
  1. Perbezaan dan persaingan ideologi antara blok Barat (diketuai Amerika Syarikat) dengan blok Timur ( diketuai bekas Soviet Union) mencetuskan perang dingin pada 1950an.
  2. Negara-negara baru merdeka seperti di Afrika, Asia, Amerika Latin dan Karibia ingin mengelak daripada berpihak kepada mana mana blok.
  3. Negara-negara tersebut mengamalkan dasar berkecuali untuk mengekalkan kemerdekaan dan kedaulatan politik masing-masing.
  4. Dasar berkecuali bermaksud tidak menyertai mana mana blok ketenteraan atau politik, perseketuan atau kumpulan.
  5. Pada tahun 1955, 25 buah negara merdeka afro-asia mengadakan persidangan di Bandung, Indonesia yang membawa kepada penubuhan NAM.
  6. NAM ditubuhkan pada tahun 1961 atas inisiatif Presiden Yugoslavia, Josip Broz Tito.
  7. NAM merupakan gabungan negara-negara yang tidak memihak kepada mana mana kuasa Perang Dingin.
  8. Pada awal penubuhan NAM, hanya ada 4 negara yang menyertainya iaitu India, Mesir, Brazil dan Republik Rakyat China.
  9. Kini NAM mempunyai 116 anggota.


        PERSATUAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB)

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB)



Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah ditubuhkan pada 24 Oktober 1945 di San Francisco, Amerika Syarikat. Bilangan negara anggota PBB bertambah kepada 191 buah negara. 



MATLAMAT-MATLAMAT UTAMA PBB
  • Mengekalkan keamanan dan keselamatan dunia
  • Menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam bidang-bidang ekonomi, sosial  dan kebudayaan
  • Melindungi hak-hak asasi manusia tanpa mengira kaum,jantina atau agama.


PROGRAM YANG DILAKSANAKAN OLEH PBB
  • Majlis Perhimpunan Agung
  • Keselamatan bagi menentukan dan memutuskan isu-isu keselamatan melalui   kuasa veto.
  • Majlis Ekonomi dan Sosial PBB bagi meningkatkan taraf hidup.
  • Bantuan kecemasan kepada mangsa peperangan, terutama kanak-kanak.
  • Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa.

STRATEGI YANG DIGUNAKAN OLEH PBB BAGI


MENCAPAI MATLAMAT YANG TELAH DIGARISKAN


  • Persidangan perwakilan negara anggota bagi menyelesaikan masalah pertikaian yang melibatkan negara-negara anggota.
  • Menyelesaikan sebarang isu atau pertelingkahan dunia.
  • Mengadili sebarang pertikaian antarabangsa.
  • Mengendalikan program PBB melalui agensi termasuk Pertubuhan Kesihatan  Sedunia (WHO), Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi  OrangOrang Pelarian (UNHCR), Rancangan Pembangunan Bangsa-Bangsa  Bersatu (UNDP) dan Tabung Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).
  • Khemah-khemah pelarian sebagai penempatan pelarian didirikan untuk berlindung, memperoleh makanan, pakaian dan perubatan.
  • Membantu pelarian Vietnam dan Kampuchea dan mendirikan penempatan sementara.
      Keahlian PBB terbuka kepada semua negara yang merdeka dengan syarat mereka bersetuju menerima Piagam PBB.  

      Badan-badan PBB yang utama

  (1)          Majlis Perhimpunan Agung
  (2)          Majlis Keselamatan
  (3)          Majlis Amanah
  (4)          Majlis Ekonomi dan Sosial
  (5)          Mahkamah Pengadilan Antarabangsa
  (6)          Sekretariat

STRUKTUR PERTUBUHAN BANGSA- BANGSA BERSATU PERHIMPUNAN AGUNG

Perhimpunan Agung badan terbesar PBB kerana dihadiri wakil-wakil semua negara anggota PBB .

Perhimpunan Agung diadakan setahun sekali untuk membahaskan segala hal yang berhubung dengan matlamat PBB


MAJLIS KESELAMATAN
Majlis Keselamatan badan yang terpenting dalam PBB.
Majlis Keselamatan memainkan peranan yang berikut :
  •  menjaga dan megekalkan keamanan serta keselamatan antarabangsa , iaitu bertumpu pada penyelesaian politik antarabangsa
  •  menghentikan pencerobohan oleh sesebuah negara atau kuasa asing terhadap negara lain .

Majlis Keselamatan terdiri daripada 15 anggota , iaitu 5 anggota tetap dan 10 anggota tidak tetap .

Anggota-angota tetap Majlis Keselamatan ialah Amerika Syarikat , Rusia , United Kingdom, Perancis dan China ; setiap anggita tetap itu mempunyai kuasa veto.

Anggota-anggota tidak tetap Majlis Keselamatan dipilih oleh Perhimpunan Agung untuk berkhidmat selama satu penggal ( dua tahun ).

Malaysia pernah menjadi anggota tidak tetap Majlis Keselamatan bagi tempoh 1965-1966,1989-1990, dan 1999-2000


KESIMPULAN

- PBB merupakan Pertubuhan Antarabangsa yng ditubuhkan selepas Perang Dunia ke-2.Penubuhan PBB bertujuan mengelakkan pertikaian hebat menegaskan hak-hak asasi manusia yang utama,menjamin rasa hormat kepada undang-undang

- NAM sebuah organisasi antarabangsa yang disertai lebih 114 buah negara.Penubuhan NAM adalah untuk memastikan kemerdekaan,kedaulatan,integriti,dan keselamatan negara-negara berkecuali dalam memperangi imperialisme, kolonisme,neo-kolonisme daripada bangsa-bangsa asing



RUJUKAN

Buku Pengajian Malaysia Politeknik 2017

PBB
NAM





ii




1 comment:

  1. How To Get From Casino 101 To My Car, And How Much Is
    The most 부천 출장샵 common way to 천안 출장샵 get from casino 101 to my car, and 영천 출장마사지 how 강릉 출장안마 much is it? At the Harrah's, the 제주 출장마사지 average price is $29 per $3, which is half of the $3,500 that

    ReplyDelete

Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu

PERGERAKAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI (NAM) DAN PERSATUAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB) NAM Pergerakan Negara-negara Berkecuali atau ...